Kami menjual kuih frozen tradisional homemade yang dihasilkan daripada air tangan ibu kami sendiri, dengan penuh kasih sayang dan pengalaman. Setiap karipap, roll sardin dan pulut panggang dibuat menggunakan resipi turun-temurun, mengekalkan rasa asli kuih tradisional yang sukar ditandingi.
Kami sangat mementingkan kualiti bahan, kebersihan, dan rasa. Inti karipap kentang dimasak dengan rempah ratus yang seimbang.
Roll sardin diisi padat dengan sardin yang berperisa dan tidak hanyir. Semua kuih dibekukan secara segar bagi memastikan ketahanan dan kualiti rasa apabila digoreng.
Pulut panggang kami diperbuat daripada beras pulut berkualiti, dimasak sempurna dan berinti padat dengan sambal berperisa, kemudian dibalut kemas menggunakan daun pisang bagi mengekalkan aroma tradisional yang harum apabila dipanaskan. Proses pembekuan dilakukan secara segar untuk memastikan Matlamat kami adalah untuk memudahkan pelanggan menikmati kuih tradisional kegemaran pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah menyediakan dari awal. Dengan kuih frozen homemade kami, anda hanya perlu goreng dan nikmati rasa seperti baru dimasak.